expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

borang

BORANG TEMPAHAN PEMBELIAN
Nama:
E-mel:
No Tel @ HP
Alamat:
Kod Item, Saiz & Jumlah
Catatan:

This contact form was created by Freedback.

Isnin, 19 Julai 2010

Drama TV : Tudung Ekspress (Khamis : 9.30 malam: Astro Prima (saluran 105)


Drama bersiri arahan Faizal Ishak, Tudung Ekspres mengisahkan Erin (Lisa Surihani), Dira (Julia Ziegler), Mei (Chermaine Poo) dan Del (Linda Hashim) berdepan dengan pelbagai cabaran dan dugaan dalam mengejar cita-cita dan isu semasa yang terpaksa wanita bertudung hadapi dalam konteks masa kini. Di samping penampilan sopan yang ditonjolkan, aspek kecantikan turut dititikberatkan di mana penglibatan Garnier sebagai penaja dilihat membantu wanita untuk tampil lebih yakin dan jelita.
Kesempurnaan yang dicari, dilema persoalan cinta, isu agama dan cabaran cita-cita antara isu utama yang diutarakan dalam drama 13 episod ini. Jangan lepaskan peluang menyaksikan Tudung Ekspres setiap Khamis, jam 9.30 malam bermula 8 Julai 2010, hanya di Astro Prima (saluran 105)
Keempat-empat watak yang dilakonkan oleh mereka semuanya berbeza-beza."Cara hidup watak-watak dalam drama ini, sangat realistik dan memang wujud dalam masyarakat kita. Contohnya, watak Dell yang dilakonkan oleh Linda Hashim seorang gadis dari kampung datang ke bandar semata-mata untuk mencari pekerjaan. Dia bercita-cita untuk menjadi jurugambar di sebuah majalah. Selain Dira (Julia) yang bergelumang dengan isu keluarga dan kerjaya sebagai editor di sebuah majalah, Erin pula tidak putus-putus dengan masalah cinta, apatah lagi dirinya dintai oleh seorang jejaka rahsia. Manakala watak Mei adalah seorang mualaf.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan